Kerjaya Noraini Idris

Peguam

Noraini memulakan kerjaya di bidang perundangan apabila diterima masuk sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994. Beliau berpengalaman selama 27 tahun dari tahun 1994 hingga 2021 sebagai peguambela dan peguamcara. Selain daripada itu, beliau mempunyai firma guaman sendiri, Alamin Idris & Associates.

Politik

Mula berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai UMNO Sabah pada tahun 2001 dan merupakan pemimpin dalam Puteri UMNO Sabah apabila dilantik sebagai Setiausaha. Kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Penampang. pada tahun 2004, beliau telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.

Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.[3]

Pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.[4]